28 October 2020 20:10
HUBUNGI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI HARTAMAS
JALAN 48/70A
DESA SRI HARTAMAS
50480 KUALA LUMPUR

Tel: 03-62030048
Fax: 03-62030096

E-mail: wea0220@moe.gov.my

Masa berurusan dengan
pejabat sekolah:

Isnin-Khamis
8.00 pg-12.30 tgh &
2.00-4.00 ptg

Jumaat
8.00 pg-12.00 tgh &
2.45-4.00 ptg

IBU BAPA DIALU-ALUKAN HADIR KE SEKOLAH UNTUK BERURUSAN DENGAN PENGETUA/GURU-GURU TENTANG MASALAH PERSEKOLAHAN ANAK-ANAK. UNTUK INI, SILA BERURUSAN DI PEJABAT SEKOLAH PADA WAKTU PEJABAT. TETAPKAN JANJI TEMU (APPOINTMENT) TERLEBIH DAHULU UNTUK MENGELAKKAN SEBARANG KESULITAN.
INFO
DETIK

PT3 (Ujian Bertulis)
0 hari lagi

SPM FASA 1
0 hari lagi

SPM FASA 2
4 hari lagi

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG
0 hari lagi

KEJOHANAN MERENTAS DESA
0 hari lagi

PAUTAN
∗ PUSAT SUMBER SEKOLAH
∗ KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
∗ PORTAL RASMI JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
∗ DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
∗ JABATAN PERDANA MENTERI
∗ DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
∗ POLIS DIRAJA MALAYSIA
∗ SCHOLASTIC BOOKS
∗ MSC Malaysia
∗ SISTEM PANDUAN SOLAT
Live Traffic Feed
SENSIVITI AGAMA JAMIN PERPADUAN RAKYAT
Sensitiviti agama jamin perpaduan rakyat

2011/09/16

PERPADUAN adalah faktor paling penting dalam proses pembinaan negara. Dalam kita memperingati 48 tahun pembentukan Malaysia pada 16 September serta Hari Kemerdekaan Ke-54, amat wajar kita memberi tumpuan terhadap pengukuhan perpaduan.

Dalam kita menyambut Hari Malaysia, marilah kita berusaha mengukuhkan lagi hubungan di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia menurut semangat 1 Malaysia. Secara kebetulan, Hari Malaysia sepatutnya diisytiharkan sebagai Hari Perpaduan dan sepatutnya dikenali sebagai Hari Malaysia Hari Perpaduan bagi mencerminkan aspirasi rakyat untuk mencapai sebuah negara yang bersatu padu. Tarikh 16 September 1963 ialah hari penggabungan Sabah dan Sarawak dengan Persekutuan Malaya untuk membentuk Malaysia. Perayaan Hari Malaysia mempertingkatkan kepentingan integrasi wilayah dan etnik serta perpaduan negara.

Sambutan Hari Malaysia sepatutnya menyuntik semangat patriotik bagi memperkukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Perpaduan adalah jalinan ikatan yang perlu wujud dalam jati diri rakyat. Ia adalah asas jalinan perhubungan, keluarga, masyarakat dan sebuah negara.

Sambutan Hari Malaysia seharusnya menjadi pemangkin perpaduan dan menggalakkan masyarakat berbilang kaum bersatu bagi mencorak kejayaan negara.
Sabah dan Sarawak ialah contoh jelas perpaduan antara kaum di mana rakyat dari pelbagai kaum mampu hidup bersama dalam semangat 1Malaysia.

Saya sentiasa percaya menjadi rakyat Malaysia tidak merugikan sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan atau Iban. Rakyat seharusnya mula menerima antara satu sama lain sebagai tanpa mengira kaum dan agama serta berbangga memperkenalkan diri mereka sebagai bangsa Malaysia.

Walaupun hubungan antara kaum memuaskan secara umumnya, kita tidak seharusnya mengambil mudah hubungan antara kaum dan keharmonian beragama.

Rakyat Malaysia yang berbilang kaum mesti peka dengan keperluan mewujudkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain.

Mereka haruslah berwaspada mengenai sensitiviti agama dan budaya demi mengekalkan keharmonian antara kaum.

Proses memperkukuhkan perpaduan ialah satu usaha berterusan dan apa dikecapi setakat ini mestilah dikekalkan dan diperkukuhkan.

Perpaduan ialah anugerah tidak ternilai dan simbol kemanusiaan sejagat. Ia adalah asas perhubungan, kekeluargaan, masyarakat dan bangsa. Ia juga adalah ikatan erat dalam jati diri rakyat Malaysia.

Perpaduan seharusnya bermula daripada pemikiran, emosi dan kelakuan seorang individu dan ia akan di terjemahkan melalui layanan dan khidmat diberikannya kepada orang lain.

Kebanyakan orang mengambil mudah soal perpaduan. Ini adalah pembangunan tidak sihat untuk sebuah negara berbilang kaum, agama dan budaya seperti Malaysia. Usaha berterusan harus digalas oleh seluruh rakyat demi mengekalkan dan memperkukuhkan perpaduan.

Marilah kita seluruh rakyat membina perpaduan nasional. Kita harus bercakap dengan satu suara yang mewakili suara setiap kaum di Malaysia. Kita semua menyumbang ke arah kestabilan dan kemakmuran ekonomi negara. Marilah kita bersatu memperkenalkan keamanan budaya, harmoni dan perpaduan.

Rukun Negara adalah panduan ke arah pembangunan bangsa dan mestilah dihormati semua. Ia adalah perkongsian visi untuk perpaduan nasional. Prinsipnya mesti sentiasa didokong dan diamalkan sebagai panduan untuk mengekalkan kestabilan, keamanan dan keharmonian yang kita kecapi sehingga kini.

TAN SRI LEE LAM THYE,
Ahli Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia.
Comments
No Comments have been Posted.
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Ratings
Rating is available to Members only.

Please login or register to vote.

No Ratings have been Posted.
PENTADBIRAN SMKSH
Flash Clock
PELAWAT
Login
Username

Password



Not a member yet?
Click here to register.

Forgotten your password?
Request a new one here.
Users Online
Guests Online: 1

Members Online: 0

Total Members: 1,107
Newest Member: nurmaya
APLIKASI DI TALIAN
IPTS
Kolej-kolej PTPL
Taylors College
HELP University College
Sunway University College
INTI University College
Kolej Yayasan UEM
IMU
Monash University Malaysia
Nottingham University Malaysia
SEGI University College
UCAS
IPTA
+ Kementerian Pengajian Tinggi
Univ. Darul Iman (UDM)
Univ. Islam Antarabangsa (UIA)
Univ. Kebangsaan Malaysia (UKM)
Univ. Malaya (UM)
Univ. Malaysia Kelantan (UMK)
Univ. Malaysia Pahang (UMP)
Univ. Malaysia Perlis (UniMAP)
Univ. Malaysia Sabah (UMS)
Univ. Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Univ. Malaysia Terengganu (UMT)
Univ. Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Univ. Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Univ. Putra Malaysia (UPM)
Univ. Sains Islam Malaysia (USIM)
Univ. Sains Malaysia (USM)
Univ. Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Univ. Teknologi MARA (UiTM)
Univ. Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Univ. Utara Malaysia (UUM)