PERTANDINGAN MEREKA CIPTA LOGO HARI KEMERDEKAAN KE-57
Posted by ashari on 17 April 2014 10:04


Semua warganegara Malaysia dipelawa menyertai Pertandingan Mereka Cipta Logo Hari Kemerdekaan Ke-57 berlandaskan kenegaraan serta berkonsepkan ‘Malaysia… di sini lahirnya sebuah cinta”. Hadiah utama berupa wang tunai RM7,000 dan 10 hadiah saguhati wang tunai RM1,000. Sila layari www.ipptar.gov.my atau www.kkmm.gov.my atau www.malaysiamerdeka.gov.my untuk mendapatkan borang dan peraturan penyertaan. Untuk maklumat lanjut, boleh emelkan ke tanyalogo@ipptar.gov.my. Tarikh tutup adalah pada 14 Mei 2014.

Klik Pautan