SMKSH telah ditubuhkan pada Disember 1992 bermula dengan 109 orang pelajar, empat kelas dan 13 orang guru. Pada masa penubuhannya, bangunan sekolah yang sepatutnya didirikan untuk sekolah rendah di Taman Sri Hartamas telah digunakan. Kumpulan pertama pelajar sekolah ini telah mengambil peperiksaan PMR pada tahun 1995 dan SPM pada 1997. SMKSH telah berpindah ke bangunan baru (sekarang) di Desa Sri Hartamas mulai November 1999. Bilangan pelajar SMKSH sehingga 31 Oktober untuk sesi pembelajaran 2006 ialah seramai 1230 orang dengan bilangan kelas sebanyak 35 buah dan guru adalah seramai 67 orang. Kini SMK Seri Hartamas terus berkembang dengan 35 buah kelas, bilangan pelajar melebihi 1300 orang dan tenaga pengajar seramai 70 orang.
Berbagai usaha telah dilakukan dalam semua bidang untuk memajukan sekolah sebagai sebuah sekolah yang cemerlang dan mencapai objektifnya. Kecemerlangan sekolah dalam bidang akedemik telah terbukti dengan setiap tahun SMK Seri Hartamas menduduki tempat teratas sebagai sekolah harian terbaik dalam pencapaian peperiksaan PMR dan SPM.
SMK Seri Haratamas juga telah berjaya menjadi johan pertandingan 3K peringkat negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 2004 dan mendapat tempat ketiga pertandingan 3K peringkat kebangsaan pada tahun 2005.
NAMA-NAMA PENGETUADis 1992 – Feb 1998 : Pn Chek Endah Bt. Yaakob
Feb1998 – Ogos 2001 : Pn Hajah Noormah Bt. Suid
Sept 2001 – Nov 2006 : Pn Aziah Bt Abd. Rahman
Jan 2007 – Okt 2009 : Cik Hajah Kamariah Bt Abu
Okt 2009 – Feb 2014 : Pn Rosimawati Binti Saad
Feb 2014 - Sept 2014 : Pn Hjh Asiah Binti Husin
Sept 2014 - Kini : Ybhg Datin Zarina Binti Abd Rahman
NAMA-NAMA YDP PIBG1993-1995 : Tn Hj. Ahmad B. Dahan
1995-1998 : Tn Hj. Khuzaimah B. Hj Yunos
1998-1999 : Tn Hj. Abd. Halim B. Muhamad
1999-2000 : Tn Hj. Mohd Adnan B. Hj. Tahir
2000-2001 : Prof. Dr. Zainal Aznam B. Mat Jelan
2001- kini : Pn Salmah Bt. Abu Bakar